SEJARAH SEKOLAH
Sekolah SEJARAH SEKOLAH Sejarahnya bermula ketika Kelas Menengah Aliran Melayu di bawah kelolaan Guru Besarnya Encik Yawanarajah menumpang di SRJK (1) Batu Kikir pada sesi petang sehingga penghujung tahun 1964. Pada Januari 1965, Sek. Men. Batu Kikir telah ditubuhkan di bawah Guru Besarnya Encik Mohd Yusuf bin Kassim. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang berhampiran (pada awalnya menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Batu Kikir pada sesi petang). Pada bulan Disember 1969, Sekolah Menengah Aliran Inggeris telah digabungkan dengan Sekolah Menengah Batu Kikir dan pengetuanya yang pertama ialah Encik Mohd Yusof bin Kassim. Sekolah mengadakan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1967 dan pengambilan pelajar tingkatan empat dalam tahun 1968 bagi aliran sains dan sastera. Sekolah Menengah Batu Kikir telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad pada 14 Ogos 1976 selaku timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Mal...





Comments
Post a Comment